SELAMAT DATANG

Friday 25 November 2011

BELAJAR HURUF SAMBIL BERPANTUN

BELAJAR HURUF SAMBIL BERPANTUN
(TUNJANG KOMUNIKASI : BAHASA MALAYSIA)

SP: BM3.1.3 Menyebut huruf secara rawak
BM2.3.2 Melafazkan pantun dengan intonasi yang betul:
b. Pantun empat kerat.

Angan tinggi-tinggi,
Hendak makan pengat,
“a” dan “b” huruf ini,
Sentiasa adik ingat.

Main guli di rumah Ani,
Hingga lupa hari dah senja,
Sebutlah huruf ini,
“c” dan “d” itulah hurufnya.

Main kejar-kejar,
Main di rumah Raju,
“e” dan “f” cikgu ajar,
Jangan lupa sebut selalu.

Adik pakai baju baru,
Baju baru dibeli di kedai,
Huruf “g” “h” diajar selalu,
Agar adik cepat pandai.

Anak ikan Naufal,
Berenang di dalam sungai,
Huruf “i” “j” mesti dihafal,
Nanti adik pandai.

Pisang di dalam guni,
Oren di dalam raga,
Mari kenal huruf ini,
“k” dan “l” itulah namanya.

Lompat si katak lompat,
Lompat masuk pagar,
Cepat adik cepat,
“m” dan “n” cikgu nak ajar.

Pok amai-amai,
Tepuk berapi-api,
Mari sebut beramai-ramai,
Ini huruf “o” dan “p”.

Naik kereta papa,
Hantar pergi mengaji,
“q’ dan “r” jangan lupa,
Cikgu pesan di rumah ulangkaji.

Mari adik nyanyi lagu,
Nyanyi lagu sambil menari,
Dengar kata cikgu,
Rajin baca huruf “s” dan “t”.

Beli bola di kedai Pak Khir,
Bola dibawa ke rumah Aizek,
Ini huruf-huruf paling akhir,
“u”, “v”, “w” , “x”, “y” dan “z”.

Thursday 24 November 2011

GEMBIRA MENYANYI LAGU HURUF

LAGU HURUF T

Semut semut semut.....
Jalan beriring...
Di atas titi sambil menari..
t..t..t..t..titi, titi, titi..
Ini huruf t..Kenali huruf ini.


LAGU HURUF O

Oo..Oo..ren,
Oo..Oo..tak...Ohh..yehyeh..
Marilah kita kenali huruf...Ohh..yehyeh..

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK PRASEKOLAH (MARI MENGENAL HURUF VOKAL)

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH
TUNJANG : BAHASA MALAYSIA
MARI MENGENAL HURUF VOKAL

Disediakan oleh :
Nor Ashikin bt Mohamed Nor
Guru Prasekolah

1. KATEGORI
Nyanyian dan Gerakan

2. TAJUK
TEMA : HURUF VOKAL
SUBTEMA : KENALI HURUF VOKAL

3. KAEDAH / TEKNIK
Pembelajaran ini berpusatkan murid dan guru. Kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan dalam P & P ini ialah menggunakan kaedah pembelajaran melalui nyanyian dan gerakan.


4. SINOPSIS
Pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan kaedah nyanyian dan gerakan iaitu murid akan diperkenalkan dahulu dengan huruf vokal aeiou. Murid akan menyebut bersama-sama huruf vokal yang diajar oleh guru. Seterusnya murid diajar membunyikan huruf vokal tersebut. Guru mengajar murid lagu aeiou. Guru akan menunjukkan gerakan lagu” Kenali Bunyi Huruf Vokal” dan murid akan mengikutinya. Murid akan dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan mewakili satu huruf vokal sahaja. Murid dikehendaki mempersembahkan lagu mengikut kreativiti masing-masing. Setelah murid agak mahir dengan lagu dan gerakan tersebut, guru akan mengadakan permainan aeiou. Permainan ini memerlukan murid menghafal huruf vokal tersebut. Pemenang akan diberikan hadiah sebagai ganjaran. Ia bertujuan untuk menarik minat murid mengikuti sesi pembelajaran selanjutnya.

5. KUMPULAN SASARAN
Murid yang berumur lingkungan 5 dan 6 tahun.

6. JUMLAH MURID
25 orang

7. LATAR BELAKANG
Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini dilakukan dengan membahagikan kelas kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan mewakili satu huruf vokal sahaja Lima kumpulan ini akan bertanding mengadakan persembahan nyanyian dan gerakan yang paling menarik. Pelaksanaan aktiviti memerlukan Pembantu Pengurusan Murid membantu guru membuat pemilihan kumpulan yang paling menarik untuk dipilih sebagai pemenang.

8. RASIONAL PEMILIHAN AMALAN TERBAIK
Penggunaan kaedah nyanyian dan gerakan dalam pembelajaran dan pengajaran adalah kerana murid lebih mudah untuk mengingati sesuatu yang diajar melalui kaedah ini. Guru mengajar murid mengenal dan membunyikan huruf vokal melalui nyanyian dan gerakan. Disamping itu, murid dapat menghafal huruf vokal ini melalui aktiviti permainan yang diadakan selepas sahaja aktiviti nyanyian dan gerakan itu tadi. Murid akan sentiasa berminat menyanyikan lagu tersebut walau berada di mana sahaja. Dengan cara ini, murid akan lebih mudah mengingati huruf dan bunyi huruf vokal.


9. STANDARD PEMBELAJARAN KSPK YANG DIGUNAKAN
BM 3.2.1 Menyebut huruf vokal.
BM 3.2.2 Membunyikan huruf vokal.

10. PERINCIAN AKTIVITI
Langkah-langkah:
1. Guru menunjukkan huruf vokal kepada murid
2. Murid menyebut huruf vokal secara latih tubi.
3. Murid dilatih menyebut huruf vokal dengan bimbingan guru.
4. Murid membunyikan huruf vokal dengan bimbingan guru.
5. Murid diajar lagu Kenali Bunyi Huruf Vokal dengan bimbingan guru secara berulang.
Contoh lagu “Kenali Bunyi Huruf Vokal”
Kumpulan 1 : a itu namanya......a itu bunyi nya.....hahahahahahahaha....
Kumpulan 2 : e itu namanya......e itu bunyinya......hehehehehehehehe ...
Kumpulan 3 : i itu namanya.......i itu bunyinya......hihihihihihihihi.....
Kumpulan 4 : o itu namanya......o itu bunyinya....hohohohohohohoho...
Kumpulan 5 : u itu namanya.......u itu bunyinya...huhuhuhuhuhuhuhu...
Ramai : hahaha....hehehe....hihihi....hooo....huuu......
AEIOU...... (2 x)
6 Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan satu huruf vokal sahaja. Kumpulan murid mempersembahkan nyanyian dan gerakan mengikut kreativiti sendiri.
7 Mengadakan permainan aeiou dengan bimbingan guru.
BBM : Kad huruf vokal
Carta lagu

11. KESEPADUAN STANDARD PEMBELAJARAN
KTI 2.1.6 Menyanyi lagu yang mudah dengan gerakan.
PFK 2.1.5 Berlari bebas pelbagai arah.
PSE 2.2.2 Menunjukkan semangat dan sifat positif seperti tolong menolong dan
setia kawan.

12. KAEDAH PENTAKSIRAN SEMASA P & P
Guru akan menggunakan kaedah pentaksiran melalui perubahan tingkah laku murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

13. NILAI MURNI YANG DITERAPKAN
Nilai murni yang dapat diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran ini ialah sifat saling bekerjasama dan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kumpulan mereka dapat menjadi pemenang dalam pertandingan ini. Selain itu, sifat tolong-menolong juga dapat diterapkan di dalam diri kanak-kanak ini.

14. KEKUATAN KAEDAH / TEKNIK
Pemilihan kaedah ini di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kerana kanak-kanak sangat mudah tertarik dengan elemen-elemen gerakan dan nyanyian. Apabila guru menggunakan kaedah nyanyian, murid akan lebih mudah untuk mengingatinya berbanding dengan kaedah pengajaran biasa. Murid juga akan gembira sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Tidak akan timbul rasa bosan kerana mereka suka dengan apa yang mereka lakukan.

15. IMPAK KAEDAH (KEJAYAAN)
Dapat melahirkan murid yang berkebolehan dalam bidang muzik melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Murid juga dapat menunjukkan kebolehan masing-masing seperti kebolehan membuat pergerakan kreatif dan kebolehan menyanyi.
Disediakan oleh :

................................................
(NOR ASHIKIN BT MOHAMED NOR)
Guru Prasekolah,
Sekolah Kebangsaan Lubok Kawah,
33400 Lenggong Perak.

Wednesday 2 November 2011

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN KO AKADEMIK PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah merupakan agenda pendidikan yang utama selain daripada agenda besar pendidikan yang lain. Beberapa aktiviti lain seperti pengurusan aktiviti berkaitan kokurikulum dan ko akademik prasekolah juga perlu dilaksanakan bertujuan:
1. Mencungkil bakat dan potensi dalam pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.
2. Memberi peluang kepada murid untuk membina sikap berani, bertanggungjawab dan
berketrampilan.
3. Menggalakkan murid-murid agar dapat berinteraksi sesama rakan sebaya serta
menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
4. Mendidik murid supaya mempunyai kematangan emosi dan sosial.
5. Menghargai keindahan alam dan persekitaran yang dialami.

PERTANDINGAN BERCERITA
Meningkatkan kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik dan berkesan serta murid berkeyakinan untuk melibatkan diri secara aktif. Melahirkan insan yang berketrampilan dan membina minda yang sihat dan cerdas.

PERTANDINGAN NYANYIAN DAN GERAKAN
Dapat memberi peluang kepada murid melahirkan perasaan, mengcungkil bakat dan memperkembangkan daya kreativiti mereka melalui nyanyian dan gerakan.Penglibatan aktif dalam aktiviti tersebut berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, efektif dan psikomotor murid di samping nilai estetika.

PERTANDINGAN MEWARNA
Dapat membantu murid melatih daya membuat banding beza antara warna harmonis dan gabungan. Ini juga membantu mengasah dan membentuk bakat dan potensi murid dalam bidang senilukis.

SUKANEKA
Bertujuan menengahkan kebolehan, bakat serta kemampuan fizikal dalam aktiviti ko kurikulum di peringkat prasekolah bagi meningkatkan keyakinan diri murid. Mewujudkan semangat bekerjasama dikalangan rakan sepasukan untuk mencapai kejayaan.

LAWATAN
Mewujudkan pembelajaran luar kelas yang menyeronokkan serta menarik. Murid lebih teruja dan mampu menimba ilmu yang lebih melalui pengalaman sebenar.





DAIRI KENANGAN PRASEKOLAH SK LUBOK KAWAH LENGGONG





KEM MEMBACA 1 MALAYSIA TURUT DISERTAI MURID PRASEKOLAH